Anugerah
HARI PEKERJA 2024
Sambutan akan diadakan pada 1 Mei 2024 di
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA
Hadiah keseluruhan wang tunai RM120,000 & sijil

Objektif
Mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.
Mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan secara "tripartisme" antara tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja dalam usaha pembangunan negara.
Pengiktirafan kepada majikan yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran pekerjaan.
Insentif
Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bernilai RM90,000 (Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Ribu) dan sijil ditawarkan kepada pemenang anugerah mengikut kategori.
Senarai nama pemenang anugerah akan dipaparkan di dalam laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, MEF, CUEPACS dan MTUC.
Senarai Anugerah Yang Dipertandingkan
ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA PERKHIDMATAN AWAM
(PENGURUSAN & PROFESIONAL)
(PENGURUSAN & PROFESIONAL)
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Anugerah diberikan kepada individu yang berkemahiran dan menyumbang kepada rakyat serta negara.
Calon dan pemenang akan dinilai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA PERKHIDMATAN AWAM
(KUMPULAN PELAKSANA)
(KUMPULAN PELAKSANA)
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Anugerah diberikan kepada individu yang berkemahiran dan menyumbang kepada rakyat serta negara.
Calon dan pemenang akan dinilai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA (EKSEKUTIF)
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Penyertaan adalah dicalonkan oleh majikan / syarikat masing-masing.
Borang Penyertaan :- PENYERTAAN TELAH DITUTUP
ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA (BUKAN EKSEKUTIF)
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Penyertaan adalah dicalonkan oleh majikan / syarikat masing-masing.
Borang Penyertaan :- PENYERTAAN TELAH DITUTUP
ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA (OKU)
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Penyertaan adalah dicalonkan oleh majikan / syarikat masing-masing.
Borang Penyertaan :- PENYERTAAN TELAH DITUTUP
ANUGERAH MAJIKAN (SYARIKAT BESAR/GLC)
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Terbuka kepada semua syarikat dalam kategori Syarikat Besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Borang Penyertaan :- PENYERTAAN TELAH DITUTUP
ANUGERAH MAJIKAN (PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA)
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Terbuka kepada semua syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut definisi berikut :-
PKS dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta.
PKS dalam sektor perkhidmatan, pertanian asas dan teknologi maklumat dan komunikasi dengan pekerja tidak melebihi 75 orang atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta.
Borang Penyertaan :- PENYERTAAN TELAH DITUTUP
ANUGERAH KESATUAN SEKERJA SEKTOR AWAM
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Penyertaan diberikan kepada kesatuan berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja (AKTA 262) yang mempunyai hubungan toleran dan harmoni antara majikan dan pekerja serta menjaga kebajikan pekerja.
Calon dan pemenang akan dinilai oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).
Borang Penyertaan :- PENYERTAAN TELAH DITUTUP
ANUGERAH KESATUAN SEKERJA SEKTOR SWASTA
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Penyertaan diberikan kepada kesatuan berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja (AKTA 262) yang mempunyai hubungan toleran dan harmoni antara majikan dan pekerja serta menjaga kebajikan pekerja.
Calon dan pemenang akan dinilai oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).
Borang Penyertaan :- PENYERTAAN TELAH DITUTUP
ANUGERAH KESATUAN SEKERJA BADAN BERKANUN
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Penyertaan diberikan kepada kesatuan berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja (AKTA 262) yang mempunyai hubungan toleran dan harmoni antara majikan dan pekerja serta menjaga kebajikan pekerja.
Calon dan pemenang akan dinilai oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).
Borang Penyertaan :- PENYERTAAN TELAH DITUTUP
ANUGERAH MEDIA (INDIVIDU)
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Terbuka kepada warga Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan sepenuh masa dengan mana-mana organisasi media cetak, elektronik dan portal media serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Borang Penyertaan :- PENYERTAAN TELAH DITUTUP
ANUGERAH KONTINJEN TERBAIK
Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil.
Pemilihan semasa Sambutan Hari Pekerja 2024 dan tertakluk kepada kontinjen yang dijemput.
Syarat Am Penyertaan
Semua penerima anugerah pada tahun 2020-2023 yang dalam kategori yang sama adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai anugerah.
Penyertaan melebihi satu (1) kategori adalah dibenarkan.
Tarikh Tutup Penyertaan
4 April 2024
Dilanjutkan hingga 9 April 2024
Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada :-
Sekretariat,
Pertandingan Anugerah Hari Pekerja 2024,
Pertubuhan Keselamatan Sosial,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Tingkat 11, Menara PERKESO,
281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.
Ku Shazil Imri bin Ku Shaari
03 4264 5403 / 019 303 0660
imri.shaari[a]perkeso.gov.my
Muhammad Hafiz bin Hamzah
03 4264 5238 / 019 256 8525
hafiz.hamzah[a]perkeso.gov.my